Thursday 9 August 2012

.: Pesanan Penaja :.

Assalamualaikum... Kepada semua pembaca, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai 'Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan' dalam ruangan I-Think. Anda boleh klik pada pautan tersebut. Kami juga telah menyatakan sumber-sumber rujukan untuk bahan yang dimuat turun.

SeLaMaT MeMbAcA !!!

Friday 3 August 2012

.: Isu dan Cabaran Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah :.


Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkan aplikasi penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan. ICT merujuk kepada Information And Communication Technologies. ICT telah digunakan secara meluas dalam aspek ekonomi, sosial, pentadbiran dan pendidikan. Tidak dapat tidak, warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Setiap anjakan perubahan yang dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu diselesaikan secara bersama. Tidak dinafikan, wujud masalah-masalah dalam pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul.

Masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik untuk menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza dengan generasi selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal penggunaan ICT. Masih terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut.

Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT.

Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaan telah mengambil langkah menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh negara untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia muda sekali gus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan menambah komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi.

Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD dan laptop, perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah guru yang tidak cekap mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses pengajaran. Kesannya, masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja memandangkan guru terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang disediakan pihak sekolah.

Isu penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma di sekolah juga diperkatakan. Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti laman sosial Facebook, Twitter, MySpace, Friendster dan sebagainya. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah intenet yang sukar dikawal.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam mengawal penggunaan komputer dalam kalangan murid. Tujuannya adalah untuk mengelak pelajar daripada melayari web yang tiada kaitan dengan pembelajaran.

Thursday 2 August 2012

.: Semangat Diri :.


My 1'st Post



Assalamualaikum.. hii.. Alhamdulillah kami berjaya menghasilkan blog ini .. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sgt membantu.. Luv u ol so much!!! Slmt menjamu mata anda...


Nie pantun tuk korang :


Pohon jelatang pohon berangan,
Pohon tinggi di tengah belantara,
Selamat datang kawan-kawan,
Kami di sini menyambut gembira.....